Persatuan Zoologi London (ZSL), sebuah yayasan amal pemuliharaan antarabangsa, melancarkan lanjutan Alat Pemantauan Ketelusan Kemampanan Industri Minyak Kelapa Sawit (Sustainable Palm Oil Transparency Toolkit: SPOTT​) untuk terus merungkai dunia penghasilan minyak kelapa sawit yang kompleks. Kini, SPOTT ​merangkumi separuh tanah yang terbabit dalam penanaman kelapa sawit di seluruh dunia.

ZSL SPOTT merupakan sebuah laman web percuma dan interaktif, yang bertujuan membantu para pelabur, pengkaji serta pembeli komoditi mengurus risiko alam sekitar dalam sektor kelapa sawit. Ia menilai serta menentukan kedudukan 50 pengusaha minyak kelapa sawit yang terbesar di dunia berdasarkan maklumat awam yang berkaitan dengan kemampanan operasi demi membantu pihak-pihak berkepentingan membuat keputusan yang termaklum.

Menerusi kerjasama secara langsung dengan industri kelapa sawit untuk membekalkan maklumat yang teperinci, ZSL terus mengembangkan usaha global dalam pemuliharaan alam sekitar – untuk lebih memahami pelbagai amalan yang menyumbang kepada masalah spesies terancam, termasuk harimau Sumatera (Panthera tigris sumatrae​) dan orang utan Sumatera (Pongo abelii​), sertamasalah jerebu bermusim yang melanda Asia Tenggara beberapa tahun ini.

SPOTT ​memaparkan kad skor yang dikemas kini secara lazim untuk menyediakan penilaian suku tahunan 50 pengusaha kelapa sawit (dua kali ganda bilangan tahun 2014) yang terbesar berdasarkan lebih 50 penunjuk dalam bentuk soalan-soalan langsung mengenai amalan terbaik serta tahap pendedahan maklumat syarikat. Rangka kerja penunjuk ini merangkumi pelbagai aspek seperti pengurusan alam sekitar, pengurangan emisi gas-gas rumah hijau, peningkatan ketelusan rangkaian bekalan serta laporan kepada skema pensijilan industri yang terbesar, Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO). Menerusi SPOTT​, para pengguna dapat membandingkan prestasi syarikat melalui graf-graf yang menunjukkan trend, serta memantau media untuk mengenal pasti isu-isu spesifik yang dihadapi sesebuah syarikat seperti kebakaran, jerebu, pembasmian hutan serta ancaman hidupan liar.

Leonie Lawrence, Pengurus Minyak Kelapa Sawit Global ZSL berkata, “SPOTT ​memberi sokongan kepada pengusaha kelapa sawit untuk mempertingkatkan pelaporan dan ketelusan operasi. Kini, platform kami merangkumi dua kali ganda bilangan syarikat serta separuh tanah penanaman kelapa sawit. Kami ingin mendekati syarikat-syarikat untuk membantu mereka meningkatkan skor masing-masing. Di samping itu, kami juga ingin menggesa sektor kewangan untuk menggunakan maklumat berkenaan untuk memahami dan mengatasi impak syarikat-syarikat tersebut terhadap alam sekeliling.”

SPOTT ​juga mempunyai alat pemetaan yang dapat menunjukkan tapak konsesi kelapa sawit, serta dilengkapi dengan data satelit pada masa nyata bagi kawasan perlindungan, kehilangan hutan, serta amaran api aktif dari Global Forest Watch yang dilancarkan oleh Institut Sumber Dunia.

Disebabkan trend institusi-institusi kewangan yang semakin menjauhi bahan api fosil, ramai pelabur memberi sokongan kepada alternatif-alternatif boleh diperbaharui yang biasanya terdapat dalam bentuk bahan api biologisepertiminyak kelapa sawit yang semakin popular. SPOTT memberi panduan berkaitan proses-proses Tadbir Usual Alam Sekitar dan Sosial (ESG) untuk menyokong pelaburan yang bertanggungjawab dan membantu mewujudkan keyakinan dalam rangkaian bekalan menerusi peningkatan ketelusan operasi syarikat – sebagai langkah pertama untuk menjana transformasi industri ke arah masa depan yang lebih mampan.

Hilde Jervan dari Majlis Etika Tabung Amanah Pencen Kerajaan Norway mengulas, “Majlis Etika telah memberi cadangan untuk mengecualikan beberapa syarikat kelapa sawit dari Tabung Amanah Pencen disebabkan prestasi pemuliharaan alam sekitar yang tidak memuaskan. Maklumat yang kukuh pada peringkat syarikat adalah mustahak untuk mendorong syarikat-syarikat berubah. Sehubungan itu, SPOTT ​menyediakan mekanisme yang diperlukan untuk membantu sektor kewangan mendekati pengusaha-pengusaha bagi memantapkan lagi agenda ESG. Platform SPOTT ​dapat membuka jalan kepada institusi-institusi kewangan untuk berkomunikasi dengan syarikat-syarikat bagimemantau dan mengurus risiko alam sekitar.”

Tidak kira anda seorang pelabur, peniaga, pengeluar, mahupun pembeli dalam rangkaian bekalan, semua pihak berkepentingan patut memainkan peranan untuk meningkatkan kemampanan. Para pengguna boleh menggunakan laman SPOTT ​berdasarkan peranan mereka dan memperolehi maklumat yang sesuai dengan keperluan mereka.

“RSPOamatmenyambut baik rangka kerja penunjuk kemampanan seperti SPOTT yang dapatmemberi sokongan kepada ahli-ahli RSPO untuk melaksanakan komitmen mereka dengan mempromosikan sektor kelapa sawit yang mampan,” kata Dr Sanath Kumaran, Ketua Impak RSPO.

 

Minyak Kelapa Sawit

Minyak kelapa sawit merupakan antara komoditi pertanian terpenting di dunia yang digunakan dalam lebih daripada separuh produk yang dibungkus di pasar raya. Namun, dalam tempoh beberapa dekad ini, penanaman kelapa sawit yang tidak mampan telah menjadi punca utama pembasmian hutan tropikal, yang merangkumi penghapusan kawasan hutan yang luas dan biasanya membabitkan pembakaran hutan. Hutan yang telah dihapuskan sering digantikan dengan kelapa sawit Afrika (Elaeis guineensis​), sejenis tanaman monokultur.

Sustainable Palm Oil Transparency Toolkit (SPOTT)

SPOTT mengkaji isu-isu kompleks yang dihadapi industri secara teliti. ZSL menggunakan ciri-ciri SPOTT sebelum ini misalnya laporan, kajian kes serta pautan laman web, dan mengintegrasikan semua ciri-ciri ini ke dalam bahagian Topik dan Sumber yang baru untuk memberi nasihat amalan terbaik yang berkaitan langsung dengan rangka kerja penunjuknya. SPOTT juga dilengkapi dengan glosari popup untuk mentakrifkan pelbagai istilah, singkatan serta akronim yang muncul dalam laporan serta laman web syarikat-syarikat. Kini, SPOTT adalah serasi dengan Google Translate. Tambahan pula, ZSL sedang mengembangkan kandungannya dalambahasa-bahasa lain,termasuk Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina.

Persatuan Zoologi London (ZSL)

Persatuan Zoologi London (ZSL) ditubuhkan pada 1826, dan merupakan badan amal saintifik antarabangsa, pemeliharaan serta pendidikan yang beriltizam memelihara haiwan-haiwan dan habitat semula jadi di seluruh dunia. Misi kami tersebut direalisasikan dengan mempelopori sains, projek pemeliharaan kami di lebih 50 negara, serta dua zoo kami, ZSL London Zoo dan ZSL Whipsnade Zoo. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zsl.org

ZSL dan Kelapa Sawit

ZSL mula bekerjasama dengan industri kelapa sawit pada 2001 dengan memberi nasihat kepada syarikat-syarikat mengenai cara mengurus populasi harimau Sumatera di tapak konsesi di mana pengusaha kelapa sawit diberi kebenaran untuk beroperasi.

Sepuluh tahun kemudian, Program Pemuliharaan Indonesia ZSL telah mengusahakan pemuliharan habitat harimau, pengawasan pemburuan haram serta kajian ekologi denganmenggunakan Spatial Monitoring and Reporting Tool (SMART), serta melibatkan penyertaan komuniti untuk mempertingkatkan hidup penghuni tempatan.

ZSL juga merupakan ahli aktif Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) yang berkhidmat dalam Lembaga Pengelola-nya, di samping menyokong iltizam-nya untuk mempertingkatkan Prinsip dan Kriteria, termasuk proses pelaporan Komunikasi Komunikasi Pembangunan (ACOP).

Kajian lapangan ZSL menunjukkan kurang daripada 16% spesies haiwan yang terdapat di hutan primer dijumpai di ladang kelapa sawit biasa. Selain itu, sebuah lagi kajian ZSL menunjukkan pengguna sanggup membayar lebih untuk minyak kelapa sawit yang mampan. Berikutan peningkatan permintaan terhadap minyak kelapa sawit yang mampan, adalah penting untuk mengekalkan produktiviti sambil melindungi biodiversiti.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zsl.org/conservation. Ikut ZSL di Twitter: @officialzsl, @zslconservation,@zslscience,and @zslpalmoil.